07 February 2011

Celoteh Pagi Isnin

Assalamualaikum / Hi,

Hari ini hari Isnin. Hee. Hmm, apa nak tulis ye? Bacalah celoteh aku kat bawah ni ye. :)

02 Feb
Internet di Mesir tidak lagi disekat. Alhamdulillah, lega dan gembira.

04 Feb
Rakan2 di Mesir mula berkumpul di asrama MARA di Iskandariah.
Dapat panggilan daripada pusat tuisyen. Alhamdulillah, dapat kerja!

05 Feb
Hari pertama kerja. Pusat Tuisyen Malkhah. Cawangan Kampung Baru, KL.
Hakim (cucu bos) panggil aku 'teacher'. Ahaks!
Dapat buku latihan yang sangat banyak.
Dapat bubur lambuk Kampung Baru. Sedap!
Malam, ulangkaji dan sediakan soalan untuk anak murid (salin daripada buku je).

06 Feb
Hari kedua kerja.
Hari pertama mengajar. Matematik sekolah rendah dan menengah rendah. Multi-tasking!
Bos bagi maklum balas mengenai cara mengajar. Of course, I have to improve it. Motivated!
Bos bincang pasal kerja dan gaji. Alhamdulillah, nanti aku akan buat kerja pentadbiran juga.
Dimaklumkan bahawa minggu depan, aku akan mengajar mengaji dan fardhu ain buat sementara waktu. Wow.
Dapat tengok bangunan Zikay dan tapak pembangunan bangunan Mercu Zikay di Kampung Baru. (Zikay dan Mercu Zikay tu apa? Tanya Google ye.)
Makan nasi lemak Kampung Baru bersama Kak Muni (anak bos) dan Kak Miah (pembantu boss). :)

07 Feb
Dapat berita bahawa rakan2 kat Mesir dah sampai Jeddah. Alhamdulillah.

-.-.-.-.-

Syukur, ada perkembangan baik sejak akhir-akhir ni. Pasal kerja sebagai guru tuisyen tu, aku hanya bekerja pada hujung minggu. Jadi, sekarang tengah fikir nak cari kerja lagi satu untuk isi masa pada hari bekerja, Isnin-Jumaat. Separuh masa je kot.

Yang penting, aku seronok bekerja, dapat pengalaman, duit masuk, rancang belanjawan, mula selesaikan beban hutang dan kejar hidup yang diredhai Allah. Tak lama lagi kena bayar duit pinjaman MARA. Aku nak usaha supaya tak dilabel sebagai orang tak kenal budi. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

-.-.-.-.-

"Jangan malas-malas, nanti terkandas. Selamat berjuang untuk masa depan."
- Md Esa bin Bajuri / Abah -

4 comments:

  1. hai..saya tengah mencari info berkenaan dgn program my future my career...diberitahu tawaran kerja dijamin..adakah selepas 6 mgg training..kerja akn ditawarkan dan kite akn bekerja dgn company yg terlibat? n adakah kite bekerja scr kontrak?untuk brpe bln ye?thanks=)

    ReplyDelete
  2. hai, fiza. penempatan kerja dijamin. diorang akan anjur career fair dan buat walk-in interview. klu x dapat kerja juga, diorang akan aturkan interview sampai dapat kerja. kalau dapat kerja tu, kena kekal kerja kat company tu sekurang2nya setahun supaya kita x digelar job-hopper dan dapat pengalaman yang kukuh sebelum kerja tempat lain. harap penerangan ni membantu fiza. :) thanks for visiting my blog.

    ReplyDelete
  3. Hello there,

    I’m Azlina from Universiti Sains Malaysia, Penang. I am currently doing a research on Malaysian Bloggers as part of my Masters degree in Social Science (Psychology). Your blog has been selected and I would sincerely be grateful if you can participate in my study. In this research, I am interested to understand more about your blogging experience. If you are indeed 18 years old and above, and willing to spend a few moments of your time to complete a survey to help with my research, please answer the questionnaire in the link below as soon as possible. If you have any questions or concerns about this survey, you may email me at -email address had been deleted for commentator's privacy.-

    I sincerely appreciate your time and consideration!

    http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=IJNOIM_a20d967d

    Azlina
    -email address had been deleted for commentator's privacy.-

    ReplyDelete
  4. Hello Azlina,

    I'm really sorry for not responding to your survey which has expired last few days. I didn't realize your comment because it had been sent to spam comment by default. I wish I can help you in the first place. Anyway, thanks for considering my blog (me) as one of your survey respondent.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...