28 February 2011

Don't Worry





"I will treasure those memories."

07 February 2011

Celoteh Pagi Isnin

Assalamualaikum / Hi,

Hari ini hari Isnin. Hee. Hmm, apa nak tulis ye? Bacalah celoteh aku kat bawah ni ye. :)

02 Feb
Internet di Mesir tidak lagi disekat. Alhamdulillah, lega dan gembira.

04 Feb
Rakan2 di Mesir mula berkumpul di asrama MARA di Iskandariah.
Dapat panggilan daripada pusat tuisyen. Alhamdulillah, dapat kerja!

05 Feb
Hari pertama kerja. Pusat Tuisyen Malkhah. Cawangan Kampung Baru, KL.
Hakim (cucu bos) panggil aku 'teacher'. Ahaks!
Dapat buku latihan yang sangat banyak.
Dapat bubur lambuk Kampung Baru. Sedap!
Malam, ulangkaji dan sediakan soalan untuk anak murid (salin daripada buku je).

06 Feb
Hari kedua kerja.
Hari pertama mengajar. Matematik sekolah rendah dan menengah rendah. Multi-tasking!
Bos bagi maklum balas mengenai cara mengajar. Of course, I have to improve it. Motivated!
Bos bincang pasal kerja dan gaji. Alhamdulillah, nanti aku akan buat kerja pentadbiran juga.
Dimaklumkan bahawa minggu depan, aku akan mengajar mengaji dan fardhu ain buat sementara waktu. Wow.
Dapat tengok bangunan Zikay dan tapak pembangunan bangunan Mercu Zikay di Kampung Baru. (Zikay dan Mercu Zikay tu apa? Tanya Google ye.)
Makan nasi lemak Kampung Baru bersama Kak Muni (anak bos) dan Kak Miah (pembantu boss). :)

07 Feb
Dapat berita bahawa rakan2 kat Mesir dah sampai Jeddah. Alhamdulillah.

-.-.-.-.-

Syukur, ada perkembangan baik sejak akhir-akhir ni. Pasal kerja sebagai guru tuisyen tu, aku hanya bekerja pada hujung minggu. Jadi, sekarang tengah fikir nak cari kerja lagi satu untuk isi masa pada hari bekerja, Isnin-Jumaat. Separuh masa je kot.

Yang penting, aku seronok bekerja, dapat pengalaman, duit masuk, rancang belanjawan, mula selesaikan beban hutang dan kejar hidup yang diredhai Allah. Tak lama lagi kena bayar duit pinjaman MARA. Aku nak usaha supaya tak dilabel sebagai orang tak kenal budi. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

-.-.-.-.-

"Jangan malas-malas, nanti terkandas. Selamat berjuang untuk masa depan."
- Md Esa bin Bajuri / Abah -

03 February 2011

Go, go, go!

Assalamualaikum / Hi,

Banyak sangat perkara yang jadi dua-tiga minggu ni. Go, go, go, Wazirah! Seseorang pernah berpesan kepada aku:

"The secret of life is enjoying the passage of time."

-.-.-.-.-

15 Jan
Hari terakhir MCMF.

17 Jan
Hari pertama berkerja di Comfori Sdn Bhd.

21 Jan
Medical leave sebab demam.

23 Jan
Demam belum kebah tapi pergi lepak dengan kawan2 MCMF kat Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat.

25 Jan
Bermulanya, protes besar-besaran di Mesir.

28 Jan
Ulang tahun kelahiran Wafiy!
Baru menyedari akan isu di Mesir.
Mula resah dan risau dengan keadaan rakan2 di Mesir.

31 Jan
Letak jawatan.
Ke PPD Petaling, untuk mendaftar sebagai guru sandaran, tetapi pendaftaran hanya akan dibuka bulan Oktober.
Tukar rancangan, cari pengalaman mengajar dengan menjadi guru tuisyen.

01 Feb
Ulang tahun kelahiran Latifah!
Makan tengahari buat kali terakhir dengan rakan sekerja.
Ambil gaji!
Memburu kerja sebagai guru tuisyen. Temu duga berjalan dengan lancar.
Teksi Shah Alam buat hal, grrr!

02 Feb
Gembira dan lega dengan berita usaha membawa keluar pelajar Malaysia daripada Mesir akan dilakukan secara besar-besaran pada 03 Feb.
Buat kerajaan Malaysia dan pihak-pihak lain yang terlibat, wa caya sama lu!!! Semoga Allah mempermudah usaha murni anda. Aminn.

-.-.-.-.-

Wazirah, selamat maju jaya untuk hari-hari mendatang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...