09 January 2011

My Career, My Future (Day #20)

Lagi 7-8 hari lagi MCMF akan berakhir. Tak sabar nak tunggu hari terakhir. Tapi, nanti sedih la pulak sebab berpisah dengan kawan-kawan Class 2. Walaupun program ni sebulan je, tapi rasa macam dah lama berkawan dengan diorang. Diorang sangat menghiburkan walaupun menyengalkan sendi-sendi perasaan aku. Haha.

Instructor kami pun sangat baik dan berwibawa. Dia seorang yang sangat berpengalaman. Banyak cerita yang dia kongsikan dalam kelas. Tabik sama dia!

Tapi... (Tapi lagi) Tipulah kalau aku kata aku tak ada kenangan pahit sepanjang program ni. Adalah satu. Tapi biarlah. Tak nak ingat. Lagipun aku dah maafkan orang tu.

Antara yang seronok pasal program ni, aku boleh memahami peranan pegawai khidmat pelanggan (customer service officer). Kami selalu buat role-play dan presentation. Penat dah berlakon. Hehe. Tapi, bila lagi nak rasa jadi operator telefon, pegawai bank, salesperson, receptionist, manager, pelanggan dan sebagainya, kan?

Bukan senang buat kerja tu semua sebab pelanggan ada banyak ragam. Ada yang banyak mulut, ada yang pendiam, ada yang tak reti nak buat keputusan, ada yang ganas, dan macam-macam lagi. Lain pelanggan, lainlah cara melayan diorang.

Conclusively, I have learnt a lot during this program. This program has provided me extension of what I learnt (Professional Communication Skills and Technical Professional Writing) during my university day. No regrets!

Ada lagi 10 hari nak mula berkerja!

8 comments:

  1. Boleh Pakchik tahu apakah kenangan pahit be-kena-an?

    ReplyDelete
  2. Makchik x boleh bagitau la. ahaha. pahit sangat sampai nak buka mulut pun Makchik x mampu.

    ReplyDelete
  3. oi Jais, sudah2 la men tenet, ak nk pakai gak, xkan ak on9 dr cc je ni ;(

    ReplyDelete
  4. kesian Pakchik Ahmad Jais. haha.

    ReplyDelete
  5. salam..tgh jalan2 nih snggah jap..mcm mana skrang?

    ReplyDelete
  6. salam. hai, pian. alhamdulillah, employment program dah habis. esok aku mula kerja. :) ko pulak mcm ne?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...