29 January 2011

Aku 25

Assalamualaikum / Hi,

Fara tag aku. Kali ni, orang yang ditag kena senaraikan 25 fakta tentang diri sendiri. Lama gak aku nak senaraikan semua ni. I'm really bad in describing myself.
  1. Diberi nama, Wazirah binti Md Esa. Emak dan Abah panggil aku Wa. Sebelum form 4, kawan2 panggil aku Wazirah. Tapi sejak masuk form 4, kawan2 panggil aku Wazie sebab ramai minta aku guna nama panggilan yang lebih pendek. Aku ada gak nama panggilan lain tapi orang tertentu je boleh panggil. Ehe.
  2. Dilahirkan pada 19 Mei 1988 atau 3 Syawal 1408.
  3. Anak sulung. Mempunyai 3 adik lelaki dan 2 adik perempuan.
  4. Mixed-blood. Abah Jawa-Siam, Emak Bidayuh.
  5. Suka warna ungu dan sekutunya.
  6. Mempunyai perut yang manja dan cepat masuk angin.
  7. Mempunyai suara yang perlahan tapi sedap (kot). Ehe.
  8. Suka menyanyi sejak kecil.
  9. Rabun. Kanan, 400. Kiri 375 + 50 silau. Punca rabun, tengok TV dekat2.
  10. Merasakan diri sangat tidak menarik bila pakai cermin mata.
  11. Selalu tertidur dalam keadaan bercermin mata. Ehe.
  12. Selalu menangis bila sedih dan marah.
  13. Merasakan bahawa meluangkan masa dengan kawan2 dapat bantu atasi stres.
  14. Juga suka menyendiri pada waktu tertentu.
  15. Suka dan mampu makan banyak.
  16. Suka makan makanan pedas.
  17. Selalu ketinggalan dalam hal yang berkaitan movie atau drama.
  18. Selalu ulang tonton movie atau drama yang sama.
  19. Sangat suka miss-call telefon rumah sebab nak usik adik2.
  20. Sangat emosi kalau ada orang kacau aku tidur.
  21. Pencinta alam. Sangat suka tengok bunga, langit senja dan pelangi.
  22. Memasang impian untuk melihat sendiri aurora di kutub utara atau selatan.
  23. Bercadang untuk mempunyai anak yang ramai.
  24. Sangat mengagumi wanita yang berjaya dalam hidup berkeluarga, kerjaya dan agama.
  25. Baru-baru ni berangan nak jadi cikgu.
Sekarang ni, aku tag orang-orang kat bawah ni. Terpulang la ye nak cerita 25 fakta pasal diri korang ke x. Ehehe.

10 comments:

  1. aku nye panjang berjela2.. sebab aku x ase ade org bace.. paling2 ko je bace..hahahhahahaha :P

    ReplyDelete
  2. ada je la orang baca. hehe. try letak widget feedjit.com kat blog ko. nnt boleh la ko usha dr mana stalker ko dtg.

    ReplyDelete
  3. Wazie, setakat 25 tue sonang je...pakchik ni dh idop beriban-riban tahun tau, apalah sangat 25 tue. Sila hayati 25 perkara yang pakchik ada ;

    1 - Hensem
    2 - Comel
    3 - Ada album
    4 - Pernah berduet dengan Rafeah Buang
    5 - Seorang lelaki SEJATI
    6 - Mempunyai ketinggian yang normal
    7 - Pandai mengaji
    8 - Pandai semayang 5 waktu
    9 - Tahu Rukun Iman
    10 - Tahu Rukun Islam
    11 - Ada lesen motor
    12 - Ada juga lesen kereta
    13 - Pandai masak mee segera
    14 - Ada akaun Facebook
    15 - Tak tahu malu sket
    16 - Tidak menghisap rokok
    17 - Sukakan Coki2
    18 - Sukakan kanak-kanak
    19 - Ada belog
    20 - Tahu bagaimana menggunakan duit dengan betol
    21 - Syok sendiri apabila menyanyi di atas stage
    22 - Teringin berduet dengan Taylor Swift
    23 - Teringin nama diabadikan di Walk of Fame di Hollywood sana
    24 - Teringin makan nasi minyak anak ni...cepat la sket kawen
    25 - Teringin melihat Makchik Latifah kau menangis...wahaha

    fuh...xsampai 5 minit...seb bek x soh seratus~sekian

    ReplyDelete
  4. thanks, pakchik Ahmad Jais. jangan lupa letak kat belog sendiri tau. ahaha. no 24 dan 25 tu sangat menarik. doakanlah supaya no 24 tu jadi kenyataan. no 25 tu... pakchik kena jadi lagi rapat la dengan makchik saya sorang tu. baru chances untuk tengok dia menangis lagi tinggi.

    ReplyDelete
  5. Pakchik mmg senantiasa mendoakan makanan free...wahaha...ugh...x blh2..bukan muhrim x bleh rapat2...kekeke...ugh, mcm mana nk buat ek...hmmm...?

    ReplyDelete
  6. ahaha. saya x tahu la mcm ne nak buat orang dewasa menangis.

    ReplyDelete
  7. 2 syawal 1408 la kak..

    ReplyDelete
  8. ye ke? akak lahir waktu malam. so, 3 syawal gak. hehe.

    ReplyDelete
  9. hee... 2 syawal ke, 3 syawal ke... kakak tetap baby raya,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...