Assalamualaikum / Hi,
Fara tag aku. Kali ni, orang yang ditag kena senaraikan 25 fakta tentang diri sendiri. Lama gak aku nak senaraikan semua ni. I'm really bad in describing myself.
- Diberi nama, Wazirah binti Md Esa. Emak dan Abah panggil aku Wa. Sebelum form 4, kawan2 panggil aku Wazirah. Tapi sejak masuk form 4, kawan2 panggil aku Wazie sebab ramai minta aku guna nama panggilan yang lebih pendek. Aku ada gak nama panggilan lain tapi orang tertentu je boleh panggil. Ehe.
- Dilahirkan pada 19 Mei 1988 atau 3 Syawal 1408.
- Anak sulung. Mempunyai 3 adik lelaki dan 2 adik perempuan.
- Mixed-blood. Abah Jawa-Siam, Emak Bidayuh.
- Suka warna ungu dan sekutunya.
- Mempunyai perut yang manja dan cepat masuk angin.
- Mempunyai suara yang perlahan tapi sedap (kot). Ehe.
- Suka menyanyi sejak kecil.
- Rabun. Kanan, 400. Kiri 375 + 50 silau. Punca rabun, tengok TV dekat2.
- Merasakan diri sangat tidak menarik bila pakai cermin mata.
- Selalu tertidur dalam keadaan bercermin mata. Ehe.
- Selalu menangis bila sedih dan marah.
- Merasakan bahawa meluangkan masa dengan kawan2 dapat bantu atasi stres.
- Juga suka menyendiri pada waktu tertentu.
- Suka dan mampu makan banyak.
- Suka makan makanan pedas.
- Selalu ketinggalan dalam hal yang berkaitan movie atau drama.
- Selalu ulang tonton movie atau drama yang sama.
- Sangat suka miss-call telefon rumah sebab nak usik adik2.
- Sangat emosi kalau ada orang kacau aku tidur.
- Pencinta alam. Sangat suka tengok bunga, langit senja dan pelangi.
- Memasang impian untuk melihat sendiri aurora di kutub utara atau selatan.
- Bercadang untuk mempunyai anak yang ramai.
- Sangat mengagumi wanita yang berjaya dalam hidup berkeluarga, kerjaya dan agama.
- Baru-baru ni berangan nak jadi cikgu.
Sekarang ni, aku tag orang-orang kat bawah ni. Terpulang la ye nak cerita 25 fakta pasal diri korang ke x. Ehehe.