02 December 2010

Jalan-jalan Sekitar UTP

Seperti yang aku cakap dalam blog post sebelum ni, aku nak ke tasik pagi ni. Hee~ Tercapai sudah hasrat aku untuk ke tasik seorang diri. Selain daripada nak tambah koleksi gambar kat UTP ni, aku nak hirup udara segar, nak rasa hangat mentari pagi, nak rasa belaian angin pagi, nak cuci mata tengok pokok-pokok hijau, nak dengar bunyi unggas di hutan, dan nak jumpa bunga-bunga liar. Ehe, aku ni memang pencinta alam. :) Dan yang penting sekali bila dah sampai kat tasik, aku nak duduk sorang-sorang dan bermuhasabah.

Bermula pukul 8.20 pagi, aku keluar daripada bilik dan turun menuju ke tasik melalui jalan yang dekat dengan hutan belakang Blok K. Cuak sebenarnya nak jalan sorang-sorang guna jalan tu. Takut jumpa monyet atau binatang lain. Tadi pun dah ketakutan sebab dengar bunyi haiwan bergerak-gerak dalam semak hutan. Tapi alhamdulillah, aku selamat. Lama gak jalan kat situ. Dalam kul 9.00 pagi, barulah aku sampai dekat Chancellor Hall.

Lepas tu, aku ke tasik. Bila dah penat ambil gambar dan bateri kamera pun dah lemah, aku duduk kat tepi tasik. Berangin dan nyaman sangat rasanya. Tempat yang aku duduk tu dekat dengan jambatan utama kat tengah tasik tu. Kat situ ada banyak bunga-bunga liar kecik. Sambil ditemani kupu-kupu, kumbang (macam lebah tapi bukan) dan bunga-bunga liar tu semua, aku mula bermuhasabah.

Aku imbas balik kenangan-kenangan 3-4 tahun lepas. Terlalu banyak perkara yang aku lalui kat sini. Kat sinilah aku belajar berkawan bergeng (tapi akhirnya aku gagal membiasakan diri), kat sinilah aku belajar bercinta (ini tak bagus), kat sini aku belajar untuk bangun selepas jatuh (hal-hal akademik), kat sini aku belajar erti persahabatan (terima kasih Fara, Razan dan kawan-kawan yang lain), kat sini aku belajar untuk jadi seorang yang tabah (tabah kot), dan macam-macam lagi. Menangis jap tadi. Biarlah mata ni jadi saksi penyesalan aku terhadap ketidakmatangan dan kesilapan masa lalu. Lepas tu, untuk usir duka, aku nyanyi dua buah lagu ZARD sambil keringkan air mata. Terima kasih kepada angin sebab membantu proses penyejatan air mata aku. Huhu~

Sebenarnya, aku gembira sangat sejak akhir-akhir ni. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang terlibat. :) Akan aku lupakan duka semalam, untuk aku tenang pada hari-hari yang mendatang.

Lepas lebih kurang 30 minit, datang sekumpulan budak-budak perempuan. Jadi, aku bangun dan tinggalkan tasik. Untuk balik ke bilik, aku pilih jalan dari masjid dan lalu depan Main Hall, V1, dan V2. Sampai ke cafe V2, aku singgah ke kafe jap. Beli makanan. Lapar... Sebab tak sarapan tadi. Sampai terasa pinggang ni makin ramping. Ops! Lepas beli nasi lemak dan teh ais, aku naik ke Blok V2-C. Yeah, itu asrama yang mula-mula aku diami masa duduk kat UTP. Kat situ, aku lawat floor di mana terletaknya bilik aku. Ada gak lawat toilet dan tempat basuh baju yang selalu aku guna dulu. Nostalgiknya... Sementara bateri masih bertahan, aku ada gak ambil gambar sikit-sikit.

Sampai je kat depan Blok V3-C (asrama kedua yang aku diami di UTP), bateri habis. Kecewa gak tapi takpe sebab masa duduk situ, banyak gambar-gambar yang aku dah ambik. Dengan menggunakan jalan tengah antara V3, V4 dan V5, aku pun balik ke bilik dengan membawa perasaan yang sangat senang sekali. :) Dalam pukul 11.20 pagi, sampailah aku di bilik.

Kawan-kawan, semoga terhibur melihat gambar-gambar yang aku ambil tadi. Yang selebihnya, korang boleh tengok kat purplebizz@flickr. Amaran! Kepada yang geli, takut atau fobia akan ulat beluncas, jangan buka flickr aku ye. Kalau pengsan, aku jugak yang susah. :D

4 comments:

  1. nice pix wazie..like sgt!! ;)

    ReplyDelete
  2. saya budak baru belajar. thanks, saa! :D

    ReplyDelete
  3. thanks, hamydy! :D keep visiting my blog ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...