02 December 2010

Berkuda, Berenang dan Memanah

Semalam, masa jenguk blog Numan Hilmy, aku jumpa ini:

Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”

[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Hadis ini pastinya tak asing buat kita semua, kan? Masa mula-mula aku dengar/baca hadis ni (masa aku sekolah menengah rasanya, tak berapa matang lagi), aku tertanya-tanya, "Applicable ke berkuda tu dalam kehidupan sekarang? Sekarang mana de orang tunggang kuda ke mana-mana. Memanah pun sama juga." Sejak hari tu, aku tunggu je jawapan untuk persoalan aku tu. Takkan la aku nak cakap tak applicable sebab aku percaya Islam ialah agama yang Syumul.

Sebelum aku menyambung, mari kita belajar/ulang kaji maksud Syumul. Menurut Dr Muhammad Yusuf Qardawi, seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul di dalam risalah Islam itu sebagai berikut:

“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.

Akhirnya, pada suatu hari, persoalan aku terjawab. Tapi aku tak ingat kat mana aku dengar/baca penerangannya. Yang pasti, aku difahamkan bahawa berkuda itu simboliknya memandu kenderaan manakala memanah itu simboliknya menggunakan senjata. Haa...! Menarik, kan?

Jadi aku cermin diri. Kalau memandu, aku dah boleh bawa kereta dan skuter tapi aku masih takut bawa motor. Kalau berenang, aku masih tak pandai lagi. Berenang (tidur) atas katil tu pro la. Kalau menggunakan senjata, aku cuma pernah kawat senjata guna senapang M-16, memanah untuk suka-suka, dan main game tembak-tembak je. Adoi... Jadi, hampir 70% hingga 80% seruan hadis ni aku belum penuhi.

Lantaran itu, aku berniat, lepas grad ni, aku nak sempurnakan permohonan lesen motor aku yang dah berzaman asyik L je tu. Lepas tu, balik kampung Emak kat Sarawak nanti, nak belajar berenang dengan Abah dan Emak. Pasal guna senjata, aku akan tanya Abah pasal lesen senjata dan sebagainya. Dia kan polis. :)

Oh, lupa pula nak ulas pasal kepentingan hadis ni. Apa yang aku faham, tiga perkara tu penting dalam menyediakan diri terutama pada masa-masa kecemasan dan perang. Jadi kawan-kawan, marilah kita belajar dan mahirkan diri memandu, berenang dan menggunakan senjata. Luangkan masa ye. Moga kita sama-sama beroleh manfaat dan pahala kerana memenuhi seruan Rasulullah S.A.W. Insya-Allah.

2 comments:

  1. waaa..sangattt nostalgik!! chantek sgt GMBr!!!

    ReplyDelete
  2. yang cantik tu yang mana 1, fara? ehe. tq2. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...