02 October 2010

Si Dia Berubah Warna?

Si dia yang saya maksudkan bukan sesumpah yang Fara Rozana cakap kat blog dia ya. Si dia yang dibincangkan di sini boleh jadi kawan mahupun pasangan kita.

Lihat gambar di bawah. Farouk yang reka dan kongsi dengan saya pada dua tahun lepas (2008). Menarik, kan?


Dia tanya saya, apa yang saya faham bila tengok gambar ini. Saya cuma cakap yang akhirnya perempuan itu dah bertemu dengan cinta sejatinya. Malang sekali, Farouk kata jawapan saya tidak tepat, eh, jawapan saya salah sebenarnya.

Farouk menjelaskan, lelaki bertukar warna. Hari ini dia lain, esok dia lain.

"Ooo... Macam itu. Betul juga."

Perubahan warna ini bukan ada hanya pada lelaki. Perempuan pun sama. Lelaki dan perempuan itu manusia, bukan?

Manusia itu sifatnya tidak sempurna, punya akal, punya perasaan, punya masalah dan sebagainya. Mereka berubah dan perlu berubah mengikut keadaan sekeliling. Kita sebagai kawan mahupun pasangan, harus memahami dan bersabar dengan perubahan mereka. Jangan mudah melatah dan waraskan diri anda setiap kali anda mengalami perubahan-perubahan itu kerana berkemungkinan besar hanya emosi, cara dan perlakuannya sahaja yang berubah. Bukan kasih atau cintanya yang berubah.

Jika terang tang-tang kasih dan cinta si dia berubah, ehe, tanyalah pada yang lebih pakar. Doakan supaya hatinya lembut kerana Allah yang memegang hatinya. Insya-Allah, hubungan anda akan berpanjangan.

Bagaimana pula pendapat anda?

1 comment:

  1. setiap perubahan yang berlaku akan menjadi pengajaran, supaya kita tak mudah putus asa biarpun dia kembali berubah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...