14 October 2010

Abah Menjaring Ikan, Saya...

Selalunya, kalau Abah hantar aku ke UTP, dia suka singgah di sebatang sungai berdekatan Kampung Gajah untuk menjaring ikan. Kesempatan itu aku gunakan untuk mengambil gambar-gambar kawasan sekeliling.

Kali ini, aku ambil gambar-gambar serangga, araknida dan bunga pula. Oh, hari itu tidak akan ku lupa kerana sedang aku asyik mengambil gambar, kami dikejutkan oleh bunyi bising. Rupa-rupanya ada seekor babi hutan berlari-lari ke arah hutan yang berdekatan dengan sungai. Sungguh mendebarkan.

Bayangkan jika babi hutan itu meluru ke arah aku? Alhamdulillah, kami selamat. Jika tidak, aku tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam sungai bersama Abah yang juga sedang asyik memasang jaring. :D

Labah-labah yang unik. Kakinya ada duri-duri.

Bunga kecil yang berjaya mencuri perhatian aku.

Sarang labah-labah yang dibasahi embun. Cantik kan?

Beberapa kelompok sarang labah-labah.

Sarang labah-labah.

Sarang labah-labah lagi.

Sarang labah-labah lagi, lagi.

Sarang labah-labah lagi, lagi, lagi. Ada nampak Encik Labah-labah tak?

Encik Belalang yang sedang bersahaja di selipar Abah. Malangnya, dia mati kerana dipijak oleh aku tidak berapa lama kemudian. Maafkan aku. Aku tidak sengaja.

Encik Cengkerik.

Puan Mentadak (kot).

Pandainya Encik Belalang bergaya.

Puan Pepatung yang tak reti duduk diam. Akhirnya!

Encik Semut yang ku jumpai di dalam bekas ikan Abah.

Manisnya kamu Bunga Semalu.

Bunga Lalang.

2 comments:

  1. Jangan difikirkan kata-kata yang indah itu suci, kerana sesuatu yang indah itu sungguh berbisa. Jangan dirasa kebahagiaan, kerana kebahagiaan akan meninggalkan kita. Jangan meninggalkan peluang yang diberi, kerana peluang yang kedua mungkin tiada lagi. Jangan terlalu sayang, kerana sayang itu akan musnahkn diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. adakah komen awak ini berkaitan dengan post saya ni? walau apapun, terima kasih kerana memberi komen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...