22 July 2010

Tertekan?

Assalamualaikum / Hai, kawan-kawan!!!

Dah lama aku tak meninggalkan kesan di blog bosan aku ini. Ahahaha, aku bukan sibuk mana pun.

Tertekan? Ya, aku tertekan.

Duit sewa rumah semester lepas, aku tak habis bayar lagi. Akibatnya, aku tak boleh tengok keputusan peperiksaan semester lepas. Sekarang, apa yang aku boleh buat ialah menunggu duit buku daripada MARA untuk menyelesaikan duit sewa rumah tertunggak itu. Padan muka aku. Siapa suruh tidak menyimpan dan bayar awal-awal. Tengok, aku dah resah semacam sebab kempunan tak dapat tengok result.

Kenapa macam kempunan sangat ini?

Sebab peperiksaan semester lepas ialah peperiksaan pertama selepas praktikal. Lagipun, aku teringin sangat nak tengok hasil selepas apa yang aku usahakan. Oh, walaupun aku tak berusaha sekuat orang-orang hebat, tapi semester lepas, aku berusaha lebih keras berbanding semester-semester lepas. Adoi, aku pernah "Under Probation" dua tahun lepas. Alhamdulillah, masa itu, tak ada subjek yang memerlukan aku untuk mengulang semester. Alhamdulillah.

Masih tertekan? Ya, masih tertekan.

Hampir dua minggu adik aku, Wahidah menemani aku di UTP. Tetapi, sekembalinya aku dari Penang, dia sudah pun pulang ke Shah Alam. Rasa sunyi bilik ini sebab tak orang yang aku boleh kacau-kacau, cubit-cubit, dan arah-arah, ops! Hehe. Oh, Wahidah, kakak mengaku kakak rindukan kau. Kesunyian juga sumber tekanan! Tapi, aku dah mula menyesuaikan diri.

Masih tertekan lagi? Ya, masih tertekan lagi.

Tiga malam berturut-turut sakit kepala. Kak Munie dah mula risau. Kak Mas pula kata, aku tak cukup oksigen dan kena mula bersukan dan sebagainya. Oh, aku malas nak berjoging dan pergi kompleks sukan yang jauh berbatu itu. Jadi aku keluarkan Dance Mat aku yang hampir berhabuk dan mula menggunakannya. Haha! Seronok aku menari sambil terlompat-lompat. Peluh keluar dan badan rasa segar. Aku juga mula mencari video aerobik di internet. Hoho.

Eh, kenapa masih tertekan?

Typical source of stress, FYP. Haha. Ini, aku yang cari pasal sendiri. Mahu atau tidak, aku kena hadapinya. Fara cakap, aku boleh lakukannya. Thanks, dear! Semester ini, aku kena aplikasikan 10 kaedah High Dynamic Range Imaging menggunakan MATLAB. 10??? Risau. Tapi, jauh di sudut dan celahan hati aku, aku yakin aku boleh lakukannya. Yeah! Itu yang aku mahukan.

Ok, kurang sedikit tekanan. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada insan-insan di sekeliling saya yang memberi saya semangat secara langsung atau tidak langsung. Aku sayang kamu.

"Kerana dalam perjalanan ini, aku juga menemui perjalananmu dan kita berjalan bersama, seiring, walaupun sebentar... Terima kasih kerana sudi berjalan bersamaku."

2 comments:

  1. Wazie...stress management itu penting
    jgn biar ia menguasai diri, kalu tak buruk padahnya
    huhu apa2 pun doa, usaha dan tawakal itu penting, perlu diamalkan.
    take care!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...