02 May 2010

Susu, Milk, Miruku

Assalamualaikum, kawan-kawan...

Adalah sesuatu yang luar daripada biasa apabila aku tulis sebegini. Susah sebenarnya nak ceritakan perihal hidup kepada orang lain. Tapi, aku nak tulis juga kerana...

Hari ini, sewaktu membancuh susu Nesvita + Nescafe 3 in 1, aku teringat zaman adik-adik aku masih kecil dulu. Zaman Wanema, Witri dan Wafiq masih minum susu botol.

Pada lewat malam bulan September 1998... Abah tiada di rumah kerana ada operasi.

"Nasib baik kakak Wazirah kau bangun buatkan susu...", kata Emak kepada adik-adik aku yang belum mengerti apa-apa. Emak baru seminggu dua selepas melahirkan Wafiq. Witri, berumur setahun lebih dan baru pandai berjalan pada hari Wafiq dilahirkan. Wanema pula, baru berumur 3 tahun. Manakala aku, Wasie dan Wahidah, masing-masing 10, 8 dan 7 tahun.

Tak tahulah kenapa malam itu, aku rajin pula buatkan susu untuk adik-adik aku, Wanema dan Witri. Selalunya liat macam keropok lekor masuk angin. Haha. Mungkin sebab aku tak sampai hati nak biarkan Emak yang masih lagi dalam tempoh berpantang bersusah payah bangun untuk buatkan susu untuk mereka. Mungkin juga, sebab aku tak tahan mendengar mereka merengek serentak meminta susu. Tak pasti.

Lepas buatkan susu untuk Wanema dan Witri, aku kembali tidur. Dalam hati ini, rasa seronok sangat sebab dapat tolong emak... :) Aku harap pada hari-hari yang mendatang, aku dapat menyenangkan hatinya selalu walaupun hubungan kami tak seperti anak perempuan dan emak yang lain.

Tahun-tahun berikutnya, adik-adikku makin membesar. Masing-masing mula ada selera tersendiri bila mahu minum susu. Ada yang nak tambah Milo, gula, ais dan sebagainya. Wafiq terutamanya. Biasalah, anak bongsu, manja dan mengada-ngada. Sampai sekarang, dia suka buat muka 'kucing' minta Emak buatkan Milo susu. Macam-macam. :)

Hmm, ternyata, aku terlalu rindukan keluarga aku. Mahu pulang, mahu pulang...!

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...