16 December 2010

My Career, My Future (Day #1)

Assalamualaikum / Hai, kawan-kawan!

Dah 6 hari aku kat rumah. Setakat ni, asyik makan, tidur, dan tengok movie je. Bulan madu campur air suam kejap. Tapi... belum sampai seminggu dah mula rasa bosan. Haha, ini maknanya aku kena dapat kerja cepat-cepat.

Alhamdulillah, melalui JobStreet, aku terpilih untuk sertai program My Career, My Future di KL, kelolaan Scicom Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan MyPartners Sdn Bhd. Program ni khas untuk graduan yang mempunyai CGPA kurang daripada 3.10 dan graduan yang sudah bekerja tapi bergaji kurang daripada RM 1000. Program ni akan diadakan selama sebulan sehingga 15 Januari 2011. Insya-Allah, dengan usaha, doa dan tawakal, kami sebagai para peserta akan dapat tingkatkan kemahiran (Business and Communication Skills) dan dijamin dengan penempatan pekerjaan berdasarkan prestasi masing-masing sepanjang program ni.

Hari ini bermula segalanya.

Banyak benda yang aku belajar hari ni. Aku juga dapat kawan-kawan baru, dapat menikmati persekitaran baru dan macam-macam lagi. Aku harap aku tak sia-siakan peluang ni. Selamat maju jaya, Wazirah!

-.-.-.-

Gist of what I learnt today:

1. To improve English, you need to:
READ ALOUD, LISTEN TO ENGLISH MATERIAL (news, songs, etc.), and SPEAK.

2. Versions of "Good morning" greeting, started from the least recommended one:
"Morning"

"Good morning"

"A very good morning"

"I hope you have a very good morning, sir / madam / miss / etc."

3. "Doubt" is pronounced as "dawt". "Debt" is pronounced as "det". Both of them have silent "b".

4. When you are presenting something in front of audiences, turn your nervousness into energy and channel it to some dynamic movements and hand gestures. But, keep it controlled and modest.

07 December 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432

Salam Ma'al Hijrah 1432, kawan-kawan. :)

Tak banyak yang ingin saya katakan pada hari ini. Cuma, saya mahu mengingatkan diri ini dan kawan-kawan bahawa untuk menjadi insan yang lebih baik, muhasabah sahaja tidak mencukupi. Pemeliharaan, penyelenggaraan dan pembaikian diri juga perlu disertai dengan mujahadah.

Apa itu mujahadah? Jom baca artikel ini:


Semoga kita semua sama-sama beroleh kebaikan dan keredhaan-Nya. Insya-Allah.

-.-.-.-.-

"Buang yang keruh, ambil yang jernih."

"Ingin sekali aku menjadi raja kepada kerajaan diri ini."

02 December 2010

Berkuda, Berenang dan Memanah

Semalam, masa jenguk blog Numan Hilmy, aku jumpa ini:

Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”

[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Hadis ini pastinya tak asing buat kita semua, kan? Masa mula-mula aku dengar/baca hadis ni (masa aku sekolah menengah rasanya, tak berapa matang lagi), aku tertanya-tanya, "Applicable ke berkuda tu dalam kehidupan sekarang? Sekarang mana de orang tunggang kuda ke mana-mana. Memanah pun sama juga." Sejak hari tu, aku tunggu je jawapan untuk persoalan aku tu. Takkan la aku nak cakap tak applicable sebab aku percaya Islam ialah agama yang Syumul.

Sebelum aku menyambung, mari kita belajar/ulang kaji maksud Syumul. Menurut Dr Muhammad Yusuf Qardawi, seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul di dalam risalah Islam itu sebagai berikut:

“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.

Akhirnya, pada suatu hari, persoalan aku terjawab. Tapi aku tak ingat kat mana aku dengar/baca penerangannya. Yang pasti, aku difahamkan bahawa berkuda itu simboliknya memandu kenderaan manakala memanah itu simboliknya menggunakan senjata. Haa...! Menarik, kan?

Jadi aku cermin diri. Kalau memandu, aku dah boleh bawa kereta dan skuter tapi aku masih takut bawa motor. Kalau berenang, aku masih tak pandai lagi. Berenang (tidur) atas katil tu pro la. Kalau menggunakan senjata, aku cuma pernah kawat senjata guna senapang M-16, memanah untuk suka-suka, dan main game tembak-tembak je. Adoi... Jadi, hampir 70% hingga 80% seruan hadis ni aku belum penuhi.

Lantaran itu, aku berniat, lepas grad ni, aku nak sempurnakan permohonan lesen motor aku yang dah berzaman asyik L je tu. Lepas tu, balik kampung Emak kat Sarawak nanti, nak belajar berenang dengan Abah dan Emak. Pasal guna senjata, aku akan tanya Abah pasal lesen senjata dan sebagainya. Dia kan polis. :)

Oh, lupa pula nak ulas pasal kepentingan hadis ni. Apa yang aku faham, tiga perkara tu penting dalam menyediakan diri terutama pada masa-masa kecemasan dan perang. Jadi kawan-kawan, marilah kita belajar dan mahirkan diri memandu, berenang dan menggunakan senjata. Luangkan masa ye. Moga kita sama-sama beroleh manfaat dan pahala kerana memenuhi seruan Rasulullah S.A.W. Insya-Allah.

Jalan-jalan Sekitar UTP

Seperti yang aku cakap dalam blog post sebelum ni, aku nak ke tasik pagi ni. Hee~ Tercapai sudah hasrat aku untuk ke tasik seorang diri. Selain daripada nak tambah koleksi gambar kat UTP ni, aku nak hirup udara segar, nak rasa hangat mentari pagi, nak rasa belaian angin pagi, nak cuci mata tengok pokok-pokok hijau, nak dengar bunyi unggas di hutan, dan nak jumpa bunga-bunga liar. Ehe, aku ni memang pencinta alam. :) Dan yang penting sekali bila dah sampai kat tasik, aku nak duduk sorang-sorang dan bermuhasabah.

Bermula pukul 8.20 pagi, aku keluar daripada bilik dan turun menuju ke tasik melalui jalan yang dekat dengan hutan belakang Blok K. Cuak sebenarnya nak jalan sorang-sorang guna jalan tu. Takut jumpa monyet atau binatang lain. Tadi pun dah ketakutan sebab dengar bunyi haiwan bergerak-gerak dalam semak hutan. Tapi alhamdulillah, aku selamat. Lama gak jalan kat situ. Dalam kul 9.00 pagi, barulah aku sampai dekat Chancellor Hall.

Lepas tu, aku ke tasik. Bila dah penat ambil gambar dan bateri kamera pun dah lemah, aku duduk kat tepi tasik. Berangin dan nyaman sangat rasanya. Tempat yang aku duduk tu dekat dengan jambatan utama kat tengah tasik tu. Kat situ ada banyak bunga-bunga liar kecik. Sambil ditemani kupu-kupu, kumbang (macam lebah tapi bukan) dan bunga-bunga liar tu semua, aku mula bermuhasabah.

Aku imbas balik kenangan-kenangan 3-4 tahun lepas. Terlalu banyak perkara yang aku lalui kat sini. Kat sinilah aku belajar berkawan bergeng (tapi akhirnya aku gagal membiasakan diri), kat sinilah aku belajar bercinta (ini tak bagus), kat sini aku belajar untuk bangun selepas jatuh (hal-hal akademik), kat sini aku belajar erti persahabatan (terima kasih Fara, Razan dan kawan-kawan yang lain), kat sini aku belajar untuk jadi seorang yang tabah (tabah kot), dan macam-macam lagi. Menangis jap tadi. Biarlah mata ni jadi saksi penyesalan aku terhadap ketidakmatangan dan kesilapan masa lalu. Lepas tu, untuk usir duka, aku nyanyi dua buah lagu ZARD sambil keringkan air mata. Terima kasih kepada angin sebab membantu proses penyejatan air mata aku. Huhu~

Sebenarnya, aku gembira sangat sejak akhir-akhir ni. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang terlibat. :) Akan aku lupakan duka semalam, untuk aku tenang pada hari-hari yang mendatang.

Lepas lebih kurang 30 minit, datang sekumpulan budak-budak perempuan. Jadi, aku bangun dan tinggalkan tasik. Untuk balik ke bilik, aku pilih jalan dari masjid dan lalu depan Main Hall, V1, dan V2. Sampai ke cafe V2, aku singgah ke kafe jap. Beli makanan. Lapar... Sebab tak sarapan tadi. Sampai terasa pinggang ni makin ramping. Ops! Lepas beli nasi lemak dan teh ais, aku naik ke Blok V2-C. Yeah, itu asrama yang mula-mula aku diami masa duduk kat UTP. Kat situ, aku lawat floor di mana terletaknya bilik aku. Ada gak lawat toilet dan tempat basuh baju yang selalu aku guna dulu. Nostalgiknya... Sementara bateri masih bertahan, aku ada gak ambil gambar sikit-sikit.

Sampai je kat depan Blok V3-C (asrama kedua yang aku diami di UTP), bateri habis. Kecewa gak tapi takpe sebab masa duduk situ, banyak gambar-gambar yang aku dah ambik. Dengan menggunakan jalan tengah antara V3, V4 dan V5, aku pun balik ke bilik dengan membawa perasaan yang sangat senang sekali. :) Dalam pukul 11.20 pagi, sampailah aku di bilik.

Kawan-kawan, semoga terhibur melihat gambar-gambar yang aku ambil tadi. Yang selebihnya, korang boleh tengok kat purplebizz@flickr. Amaran! Kepada yang geli, takut atau fobia akan ulat beluncas, jangan buka flickr aku ye. Kalau pengsan, aku jugak yang susah. :D

01 December 2010

Sambil Kemas Blog...

Assalamualaikum / Hai, kawan-kawan!

Sekarang dah nak pukul 4.00 pagi, tapi aku masih tak tidur. Keh3. Sebab siang semalam, aku banyak tidur. Ish3. Laparlah pulak. Ada je roti. Tapi tak mahu makanlah sebab kejap lagi nak tidur. Tak sedap pula kalau tidur lepas makan. Takut pinggang tak ramping. Haha!

Hmm, tadi aku ada kemas-kemas blog. Sambil tu, mestilah aku ada baca blog post aku yang dah berhabuk tu. Hahaha... Bila baca, adoi... Lawaknya. Tak matangnya diri aku masa tu. Oh, korang jangan baca tau. Malu aku nanti. Tapi kalau agak-agak korang tengah sedih dan rasa nak ketawa tu, bacalah. :D

Ada gak terfikir nak buat blog post tu jadi private sebab segan, tapi takpelah. Semua tu kisah lama aku. Aku nak anggap ketidakmatangan dan kesilapan masa lalu aku sebagai pengajaran. Pengajaran tu, bukan untuk aku seorang je, tapi untuk orang lain juga.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih."

Oh ya, 3-4 hari ni, aku agak kerap kemas kini blog sebab sekarang ni aku agak tak sibuk. Aku ada jugak fikir untuk terus menulis. Kali ini dengan lebih serius dan konsisten. Ye la, aku ni boleh dikatakan pendiam tapi boleh naik gila jugak kalau tak bercakap selalu. Boleh sakit otak ni. Jadi, dengan menulis apa yang aku fikirkan, bolehlah otak ni bekerja kuat sikit. Stres pun boleh ditangani dengan baik. Lagipun, bila lagi nak guna ilmu penulisan yang cikgu ajar masa sekolah dulu. Masuk universiti belajar engineering. Oh... Confirm berkarat kemahiran menulis ni. Tak mahu jadi macam tu.

Adoi... Lenguhnya lutut kanan nenek. Lutut ni, kenapa entah. Tak boleh duduk atas kerusi lama-lama. Nanti mulalah dia nak sengal. Oh, sekarang bukan sengal je, sakit pun ada. Ok, nenek nak berehat. Esok pagi nak jalan-jalan ke tasik sorang-sorang. Hopefully, I won't be kidnapped by monkeys on the way to the lake tomorrow. Ahaha!

29 November 2010

Merdeka Fasa 1

Kawan-kawan, aku dah habis exam. Hee... Seronok sangat rasanya. Syukur. Harap sangat pointer sem terakhir ni ok. Insya-Allah. Kepada yang belum habis exam lagi, selamat berjuang ye!

Sikit je lagi, sikit je lagi, sikit je lagi.

Next-> FYP II Presentation and Submission of Report (Hardbound)

25 November 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Terlalu banyak lafaz yang tersimpan
di dalam hati,

Untuk mengucapkannya
aku menghindar acap kali,

Bukan aku ingin
menyakiti,

Bukan aku ingin
mendustai,

Tapi ketahuilah bahawa lafaz itu akan menjadi milikmu
apabila tiba hak dan masanya,

Akan ku lafazkannya kepadamu.

Insya-Allah.

15 November 2010

Belum Menjumpainya

Rasanya aku belum menjumpainya,
kerana aku masih mencari dan menilai.

Tree Top Walk, Sungai Sedim, Kedah.

Dan ingin sekali aku berkata dan buktikan,
"Cinta aku mahal harganya."

05 November 2010

Di Hening Malam ~ Diwani

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan, bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran

Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji

Bangunlah insan, bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu

Jadikanlah malam merintih dan mengadu kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya


-.-.-.-.-

Lagu ini boleh didengar di YouTube.

21 October 2010

I Wanna...

i wanna hug big trees,


i wanna dance with butterflies,


i wanna chase the rainbow,


i wanna close my eyes and open my arms in the rain,


i wanna...

14 October 2010

Abah Menjaring Ikan, Saya...

Selalunya, kalau Abah hantar aku ke UTP, dia suka singgah di sebatang sungai berdekatan Kampung Gajah untuk menjaring ikan. Kesempatan itu aku gunakan untuk mengambil gambar-gambar kawasan sekeliling.

Kali ini, aku ambil gambar-gambar serangga, araknida dan bunga pula. Oh, hari itu tidak akan ku lupa kerana sedang aku asyik mengambil gambar, kami dikejutkan oleh bunyi bising. Rupa-rupanya ada seekor babi hutan berlari-lari ke arah hutan yang berdekatan dengan sungai. Sungguh mendebarkan.

Bayangkan jika babi hutan itu meluru ke arah aku? Alhamdulillah, kami selamat. Jika tidak, aku tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam sungai bersama Abah yang juga sedang asyik memasang jaring. :D

Labah-labah yang unik. Kakinya ada duri-duri.

Bunga kecil yang berjaya mencuri perhatian aku.

Sarang labah-labah yang dibasahi embun. Cantik kan?

Beberapa kelompok sarang labah-labah.

Sarang labah-labah.

Sarang labah-labah lagi.

Sarang labah-labah lagi, lagi.

Sarang labah-labah lagi, lagi, lagi. Ada nampak Encik Labah-labah tak?

Encik Belalang yang sedang bersahaja di selipar Abah. Malangnya, dia mati kerana dipijak oleh aku tidak berapa lama kemudian. Maafkan aku. Aku tidak sengaja.

Encik Cengkerik.

Puan Mentadak (kot).

Pandainya Encik Belalang bergaya.

Puan Pepatung yang tak reti duduk diam. Akhirnya!

Encik Semut yang ku jumpai di dalam bekas ikan Abah.

Manisnya kamu Bunga Semalu.

Bunga Lalang.

02 October 2010

Si Dia Berubah Warna?

Si dia yang saya maksudkan bukan sesumpah yang Fara Rozana cakap kat blog dia ya. Si dia yang dibincangkan di sini boleh jadi kawan mahupun pasangan kita.

Lihat gambar di bawah. Farouk yang reka dan kongsi dengan saya pada dua tahun lepas (2008). Menarik, kan?


Dia tanya saya, apa yang saya faham bila tengok gambar ini. Saya cuma cakap yang akhirnya perempuan itu dah bertemu dengan cinta sejatinya. Malang sekali, Farouk kata jawapan saya tidak tepat, eh, jawapan saya salah sebenarnya.

Farouk menjelaskan, lelaki bertukar warna. Hari ini dia lain, esok dia lain.

"Ooo... Macam itu. Betul juga."

Perubahan warna ini bukan ada hanya pada lelaki. Perempuan pun sama. Lelaki dan perempuan itu manusia, bukan?

Manusia itu sifatnya tidak sempurna, punya akal, punya perasaan, punya masalah dan sebagainya. Mereka berubah dan perlu berubah mengikut keadaan sekeliling. Kita sebagai kawan mahupun pasangan, harus memahami dan bersabar dengan perubahan mereka. Jangan mudah melatah dan waraskan diri anda setiap kali anda mengalami perubahan-perubahan itu kerana berkemungkinan besar hanya emosi, cara dan perlakuannya sahaja yang berubah. Bukan kasih atau cintanya yang berubah.

Jika terang tang-tang kasih dan cinta si dia berubah, ehe, tanyalah pada yang lebih pakar. Doakan supaya hatinya lembut kerana Allah yang memegang hatinya. Insya-Allah, hubungan anda akan berpanjangan.

Bagaimana pula pendapat anda?

Colorful Diodes

Ini namanya, ada kerja tapi menambah kerja. Aku olah gambar ini pada dua tahun lepas (2008).

Daripada gambar LED kaku (*.jpg) aku olah menjadi gambar LED mengerlip (*.gif).


-.-.-.-.-

Inilah hasilnya. Ringkas. Tapi ada perincian yang aku tak buat. Aha, malas aku nak buat terperinci sangat. Sepatutnya, ada perbezaan semasa dan sebelum LED menyala pada bahagian sekeliling LED.


"Teringat lampu lip-lap raya?"

29 September 2010

My Purplish Bell and African Violet

Purplish Bell, 29 April 2007

Purplish Bell, 9 May 2007

Purplish Bell, from My Bed at UTP, 16 May 2007

Purplish Bell, 22 May 2007

Purplish Bell, 22 May 2007

Purplish Bell, 22 May 2007

Purplish Bell, 22 May 2007

African Violet, 28 December 2007

16 September 2010

Aidilfitri 2010



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...