13 March 2008

Cinta…Di Mana? ~ Annur Puteri

Nampaknya penulis Melayu sekarang sangat produktif.

Mereka mampu mengeluarkan novel yang dapat mengubah perspektif dan cara pemikiran seseorang.

Dulu, saya selalu beranggapan, orang yang tak tinggi pelajarannya, susah nak bahagiakan diri sendiri dan orang lain. sob. sob. sob.

Tapi bila baca novel ni, my stupid opinion change.Novel ini mengisahkan dua beradik, Mariah dan Muzamil. Kehidupan yang susah menyebabkan mereka sering bersama. Belajar, solat, berbual, dan kongsi masalah. Hubungan mereka sangat erat. Mereka sering bersama kerana mereka tidak sampai hati untuk membebankan ibu bapa mereka dengan perkara yang boleh membuat ibu bapa mereka susah hati.

Mereka pelajar yang cemerlang.

Mariah. Muzamil.

Mariah seorang kakak yang penuh kasih sayang.

Muzamil pula seorang adik yang sanggup berkorban apa sahaja demi kakaknya.

Ada satu, dua kisah yang membuatkan Muzamil sanggup berkorban untuk kakaknya. Dia mengaku kesalahan yang bukan dilakukannya dan mengorbankan zaman persekolahannya demi mengutamakan pelajaran kakak yang tercinta.

Bukan kakak mementingkan diri. Bukan adik yang terlalu membuta tuli mengorbankan diri. Tetapi si kakak tak sedar yang dia telah menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada adiknya. Lalu, Muzamil mengorbankan segalanya untuk kakak yang tercinta.

Saya sendiri menangis bila tulis novel review ni.

Muzamillah yang buat saya berfikir. Dulu, akal prejudis saya menyatakan dia insan yang akan gagal membahagiakan diri sendiri dan orang lain kerana bertekad berhenti sekolah untuk memberi laluan kepada kakaknya. Mengapa pelajaran yang dia perjudikan? Pada akhir cerita, orang yang tidak berpelajaran tinggi itulah yang melahirkan seorang yang berjaya. Seperti Muzamil lakukan kepada kakaknya, Mariah.

Kini dan selamanya, saya menghormati insan sebegitu. Saya jatuh cinta dengan Muzamil. Watak fantasi di fikiran penulis, Annur Puteri. Tapi saya percaya, Muzamil mewakili insan yang mengorbankan pelajarannya untuk kebahagian orang lain. Ya. Dia mampu membahagiakan kakaknya tanpa meminta balasan dan semestinya dia bahagia apabila dapat membahagiakan kakaknya.

Saya bermonolog. Saya kata pada diri saya sendiri. Janganlah memandang rendah golongan seperti Muzamil. Dia ada kisah yang tersendiri. Kisah yang telah menggugurkan air mata saya.

Semalam, Saya nampak seorang buruh yang terlibat dengan pembinaan jalan. Saya bertanya. Untuk siapa dia berkorban? Kenapa dia di sini? Kenapa dia tak sesenang orang lain? Jawabnya…insan yang susah inilah yang menyenangkan hidup orang lain. Tentu sekali untuk keluarganya dan tanpa dia serta rakan seangkatan, siapa yang mahu menjadi seperti mereka.

Maha Suci Allah. Allah tahu hikmah keseimbangan alam. Tanpa keseimbangan, manusia tidak mungkin belajar untuk bersyukur. Kekurangan dan kelebihan. Kemiskinan dan kekayaan. Kesusahan dan kesenangan.

Kontra. Kontra itulah yang membuatkan manusia saling menyempurnai.

Seperti Mariah dan Muzamil. Selain itu, novel ini juga membuatkan saya lebih menghargai adik-adik saya. Nakal baik mereka, merekalah yang buat saya kuat. Matang. Allah bagi saya adik untuk membuatkan saya jadi penyayang, matang dan lebih bertanggungjawab.

~Inspirasi daripada novel “Cinta…Di Mana?” oleh Annur Puteri, Novel Creative Sdn Bhd

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...