06 November 2007

Perasaan Yang Tak Menarik

Mengapa perasaan itu mencerobohi lagi
Setelah sekian lama aku menghalaunya
Aku lemas sekali lagi

Ingin aku menjerit dengan ungkapan benci kepada perasaan itu

Perasaan yang tak menarik itu
Penceroboh kejam yang merampas
Dan membantutkan keyakinan aku
Untuk membawa diri sebagai seorang perempuan

Hanya kerana aku tak seperti yang lain
Mengapa sekejam itu penceroboh hati ini menyeksa aku?

Aku benci orang yang membuatkan aku
Merasai kehadiran penceroboh itu
Bagaimana aku hendak mengusirnya?

Seperti sejarah hitam yang gelap
Aku tak mampu menghapuskan penceroboh itu
Dan sehingga kini luka lama masih belum sembuh
Mungkin lama lagi untuk
Aku lihat parut itu
Hadir di tepian hati ini

Perasaan yang tidak menarik itu
Penceroboh kewarasan akal dan kedamaian hati

3 comments:

  1. zikrullah mungkin penyelsesiannya..insyallh..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Kawanku. :) Alhamdulillah, saya dah ok.

    ReplyDelete
  3. bila bosan...nun disana sini kita teringt sdngkn dunia yg nyatya tidak teringat..jadi...slamat bercuti ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...