24 September 2007

Yang Pernah Aku Lalui


Zaman kanak-kanak
Nyata manis sekali
Manis yang sungguh istimewa

Kadangkala aku cemburu
Bila aku tahu
Zaman kanak-kanak insan lain berbeza denganku
Mengapa?
Aneh

Tapi apa makna zaman kanak-kanak
Jika perbezaan jalan cerita tidak wujud?

Perbezaan
Bukan bermakna bertentangan
Andai Hijau dan Biru dibandingkan
Warna-warna itu bukan bertentangan, bukan?

Tanpa kehijauan hutan
Kebiruan lautan menjadi pucat
Perbezaan warna membuatkan kita gembira

Bagiku,
Zaman kanak-kanaklah yang memberi warna
Pada kehidupan aku sekarang

Kini,
Aku sentiasa akan tersenyum
Kerana yang pernah aku lalui
Tak pernah dilalui oleh insan lain

Dan,
Aku juga akan sentiasa tersenyum
Kerana yang pernah insan lain lalui
Tak pernah dilalui oleh aku

Aku semakin menghargai
Jalan cerita
Zaman kanak-kanak aku

1 comment:

  1. zaman kanak2 yg berbeza...tak pernah terfikir..huhu..tapi ada btul gak..yup...berbeza maksudnya gaya kita dn kngn kita yg berbeza...

    isk2..terkenng zaman2 kanak2 ku..liku2...bubh2..huhu..

    p/s:suka warna post itu..hijau2...dan juga biru2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...