11 July 2007

Wanita Solehah

Gadis yang taat beribadah.

Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita, tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan.

Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya.

Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.

Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya.

Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif.

Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah.

Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak  menampakkan susuk tubuhnya.

Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya.

Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk.

Sumber: Risalah Bimbingan Tahunan BADAR 03/04, MRSM Jasin

2 comments:

  1. Salaam ukhti,

    Jazakallahu khairan kerana post entry nie.

    Tersenyum ana membacanya. Mudah-mudahan kita sentiasa di dalam redha Allah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah, dan sekaligus untuk menjadi seorang wanita solehah, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Firman Allah SWT bermaksud :
    “Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……”-Al-Ahzab : 33

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya,” -An-Nur : 31

    “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……”-Al-Ahza:32

    “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”-an-Nur:31.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...