25 July 2007

Sesak!

Sesak nafas ini ketika terhimpit
Antara dua pilihan

Aku ingin lari sekuat hati
Mencari ketenangan

Berikan ku ruang untuk bernafas
Agar ketersungkuran pada pilihan yang salah
Tidak mencalarkan jasad yang kekurangan nafas ini

Andai kefahaman itu milik mu
Ku pinta
Berikan ku ruang

Aku ingin tenang bersama
Diriku yang pernah tenang dahulu

22 July 2007

Senyum

Aku tersenyum lagi
Kali ini
Kerana perkara yang lebih bermakna

Terima kasih kepada yang telah membuat aku tersenyum

11 July 2007

Renungkan... Buat Remaja Puteri

"Remaja puteri pada umumnya sedang menjadi laksana kuntum yang baru berkembang, ramai lelaki biasanya suka menyuntingnya. Pada waktu itulah mereka harus pandai memelihara kehormatan dirinya, berhati-hati apabila bercakap bagi menjaga kesopanannya dan harus mahir pula segala macam godaan, baik yang halus mahupun yang kasar, yang boleh menjerumuskannya ke lembah maksiat."

- Kiyai Haji Moenawwar Khalil -

Wanita Solehah

Gadis yang taat beribadah.

Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita, tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan.

Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya.

Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.

Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya.

Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif.

Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah.

Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak  menampakkan susuk tubuhnya.

Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya.

Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk.

Sumber: Risalah Bimbingan Tahunan BADAR 03/04, MRSM Jasin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...